Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Cara Membuat Kopi Ais untuk di Rumah

Gambar Cara Membuat Kopi Ais yang mantap

Kopi Ais dalam cuaca panas macam sekarang ni, tekak asyik haus dan nak minum air sejuk je kan? Jom cuba resipi kopi ais padu yang kaw kaw ni. Sungguh nikmat dan menyegarkan. Memang perfect rasa dia!

Serbuk kopi premium Ben guna tu warna hitam dia tak terlalu terang. Sebab pilih yang roasted sederhana.

Rese Kopi Ais Mantap

Bahan :
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan serbuk kopi pilihan
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • Ais

Cara Buat Kopi Ais seperti di Kedai :
  1. Reneh 1/2 cawan air biar mendidih.Tutup api. Ben gunakan 2 sudu makan serbuk kopi pilihan. Biarkan 3-4 minit. Tapis tuang masuk dalam jug.
  2. Isi 1 cawan susu cair dan 1/2 tin susu pekat. Kacau dan tambahkan ais. Tak perlu tambah air. Biarkan air ais turun. Fuhhh, nikmat!
  3. Boleh simpan dalam freezer. Sukatan untuk 1.6 liter.

Posting Komentar untuk "Cara Membuat Kopi Ais untuk di Rumah"